http://tinyurl.com/znjrrmj
APAKAH kelebihan serta risiko dalam melakukan perniagaan dalam Internet?
Lazimnya ramai yang mengetahui kelebihan menjalankan bisnes melalui Internet iaitu kita dapat menjimatkan kos sewa kedai, boleh mencapai sasaran pelanggan di serata lokasi, boleh dijalankan secara 24 jam, kos permulaan yang minimum dan kita juga boleh menjual pelbagai jenis produk mahupun servis.
Selain itu, risiko yang ditanggung juga adalah lebih rendah dan mempunyai kebebasan masa bekerja, menarik pelanggan tanpa had serta peluang menjana pendapatan pasif.
Apakah perkara utama yang perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan bisnes Internet? Rata-rata sekarang ini ramai begitu ghairah menjalankan perniagaan, malah pada asasnya apa saja produk pun boleh dijual di Internet dan tiada syarat tertentu. Tetapi ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya, modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan? Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan kecil dan sederhana hanya menjual produk yang biasa saja atau beberapa jenis saja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contohnya, pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah), makanan tambahan, kosmetik, gajet dan pelbagai lagi.
Paling penting jika boleh, utamakan ciri produk sebelum memutuskan menjual barangan melalui Internet. Antaranya ialah tidak terlalu berat (ini untuk jimatkan kos penghantaran), elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain, stok mudah diperoleh atau mudah dihasilkan sendiri.
Itu beberapa ciri boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh dijual.
Bagaimanakah tips memulakan bisnes Internet? Langkah pertama yang perlu diambil terutama mereka yang baru memulakan perniagaan adalah mengenal pasti masalah pelanggan yang mahu diselesaikan dan siapakah mereka (umur, jantina, lokasi dan lain-lain). Ini langkah pertama.
Seterusnya, kenal pasti sejauh mana saiz pasaran dan sebolehnya kita tidak mahu menjual kepada pasaran yang terlalu kecil dan paling utama tentukan produk sesuai untuk dijual sama ada produk fizikal, digital atau servis.
Selain itu, sediakan medium jualan yang betul seperti menggunakan facebook page ataupun laman web jualan. Bayaran pula boleh melalui akaun bank, kad kredit atau debit (boleh guna paypal).
Gunakan mesej dan ayat jualan yang betul di mana usahawan boleh merujuk ‘copywriting’ yang banyak di Internet. Langkah akhir, lakukan pemasaran kepada sasaran pelanggan dengan menggunakan pengiklanan melalui facebook dan langkah ini akan menjadi mudah jika langkah pertama dilakukan dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut boleh melayariblog.smartusaha.com.
Adakah perniagaan yang dilakukan secara online juga boleh gagal? Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan Internet dan tidak mahu gagal dan kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.
Antara sebab yang boleh menggagalkan perniagaan usahawan itu sendiri adalah tidak membuat perancangan perniagaan jelas di mana mereka hanya membuat perniagaan Internet secara ala kadar dan tiada matlamat. Selain itu, tiadanya promosi dan pemasaran agresif, terancang, efektif dan konsisten. Faktor lain ialah pengurusan kewangan yang teruk dengan hanya mementingkan wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik tanpa merekodkan pengaliran wang masuk atau wang keluar. Selain itu, mereka juga tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/30
Pages
- SELAMAT DATANG KE PROGRAM AFFILIATE FRENZ
- PRODUK
- PELAN PEMASARAN
- TESTIMONI
- PANDUAN BISNES
- INFO SYARIKAT
- DAFTAR PERCUMA
- BERITA
- FAQ - Soalan Lazim
- PANDUAN TOPUP/RELOAD
- CARA LANGGAN DATA INTERNET
- CARA-CARA MENDAFTAR BRAND PARTNER
- PERLINDUNGAN INSURANS
- CHECK COVERAGE
- AKAUN FRENZ NETWORK
- KOMISEN
- MASALAH SIMKAD
- HUBUNGI
- LOGIN FRENZ
- MENU ARAHAN
Monday, 24 October 2016
80 bilion SMS dalam setahun
http://tinyurl.com/znjrrmj
SMS semakin penting dalam kehidupan sehingga ada orang sanggup menanggung risiko menaip mesej sewaktu menunggang motosikal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.
Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4O0aFeBiJ
Hakcipta terpelihara
ORANG TERKAYA DI DUNIA 2013 CARLOS SLIM HELU SEORANG JUTAWAN TELCO
1. Carlos Slim Helu
Nilai kekayaan: $71 Billion
Produk: Telecom
Asal : Mexico
2. Bill Gates
Nilai kekayaan: $67 Billion
Produk: Microsoft
Asal: US
3. Amancio Ortega
Nilai kekayaan: $57 Billion
Produk: Zara
Asal: Spain
3. Warren Buffet
Nilai kekayaan: $53.5 Billion
Produk: Berkshire Hathaway
Asal: US
5. Larry Ellison
Nilai kekayaan: $43 Billion
Produk: Oracle
Asal: US
6. Charles Koch
Nilai kekayaan: $34 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: US
7. David Koch
Nilai kekayaan: $34 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: US
8. Li Ka Shing
Nilai kekayaan: $31 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: Hong Kong
9. Liliane Bettencourt & Family
Nilai kekayaan: $30 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: France
10. Bernard Arnault
Nilai kekayaan: $29 Billion
Produk: LVMH
Asal: France
RUJUK
Malaysia 'gila' telefon pintar
http://tinyurl.com/znjrrmj
Rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa melayari internet dan media sosial di telefon pintar. Foto: REUTERS
PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.
Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.
Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).
Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).
Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit
Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).
Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).
"Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.
"Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini," menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.
Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini.
Samsung jenama telefon pintar paling popular di negara ini
Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.
Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia.
"Walaupun kadar penembusan telefon pintar belum mencecah 100 peratus, penggunaan aplikasi semakin meningkat. Satu daripada lima pengguna telefon bimbit di dunia, yang kini berjumlah 1.2 bilion orang, menggunakan aplikasi dalam telefon mereka.
"Di Asia Pasifik, permainan, aplikasi multimedia dan media sosial adalah paling banyak digunakan," kata Phadke.
Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.
"Memahami sikap pengguna telefon pintar adalah penting bagi kejayaan sesebuah syarikat pada hari ini," kata Phadke.
http://tinyurl.com/znjrrmj
37 juta telefon bimbit di Malaysia
http://tinyurl.com/znjrrmj
DI Malaysia kini, kesan ledakan teknologi telekomunikasi semakin ketara. Di mana-mana boleh kelihatan orang menggunakan telefon bimbit sama ada untuk menelefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari Internet.
Permintaan terhadap pemilikan telefon bimbit semakin ketara. Malah perangkaan terbaru mendapati secara purata setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia memiliki satu unit telefon bimbit.
Wartawan Mingguan Malaysia, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, ROSALINDA MD. SAID dan NORAZRIN MARZUKI bersama jurugambar MOHD. NAIM AZIZ, WAN WAHAB NOOR FAISAMI, AZWAN ZAHAR dan ALI ISKANDAR menyingkap ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar tablet.
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perkembangan teknologi telekomunikasi global turut meledakkan kesannya di Malaysia dengan fakta semasa mendapati penggunaan telefon bimbit di negara ini melebihi 37 juta unit.
Ini bermakna secara purata setiap rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang, mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit manakala sebahagiannya lagi memiliki lebih satu malah mencecah enam unit pada satu-satu masa.
Data itu diperoleh berdasarkan Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendapati pada 2010, sebanyak 33,250,177 telefon bimbit digunakan oleh rakyat di negara ini.
Kajian SKMM itu mendapati peningkatan sekali ganda berbanding 2005 iaitu hanya 16,243,337 telefon bimbit atau meningkat 3.4 juta telefon bimbit pada setiap tahun.
Paling mengejutkan, kajian itu mendapati 198,286 orang menggunakan lima unit telefon bimbit pada satu-satu masa manakala 254,938 orang memiliki empat unit, 849,795 orang tiga unit manakala 6.77 juta orang mempunyai dua telefon bimbit dan selebihnya 20.25 juta, satu unit.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm#ixzz4O0VrpaK2
© Utusan Melayu (M) Bhd
STATISTIK PENGGUNA HANDPHONE
http://tinyurl.com/znjrrmj
Pada tahun 2006, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bilangan pengguna prepaid di Malaysia adalah seramai 21.5 juta dan membelanjakan hampir 17 juta dalam masa sehari
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada tahun 2005. Pengguna telefon bimbit di Malaysia telah meningkat iaitu kira-kira 15 juta orang.
Populasi sasaran kajian yang dibuat adalah bedasarkan seluruh pengguna telefon untuk semua platform digital di negara-negara derutamanya pengguna rangkaian 012, 013, 016, 017 dan 019. Samada pengguna pasca bayar atau prabayar.
Bedasarkan kajian tersebut sebanyak 57.4 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 42.6 peratus adalah perempuan.
Jika mengikut negeri, Selangor mencatatkan peratusan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri yang lain.
Mengikut kajian ini juga, kadar sms yang dilakukan oleh penguna Tel juga sangat tinggi….
Dibawah ini pula jadual peratus penguna Prepaid dan Postpaid;
Ini pula kadar bil yang dibuat oleh rakyat negara ini;
Daripada jadual2 tersebut kita dapat membuat kesimpulan bahawa negeri Selangor mencatatkan jumlah pengguna yang paling tinggi, ini kerana Selangor merupakan ibu negara Malaysia, pusat kegiatan seperti perniagaan, sector pekerjaan, pelancongan dan lain-lain banyak tertumpu di negeri tersebut. Maka jumlah penduduk juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Selangor mencatatkan jumlah pengguna telefon bimbit yang tertinggi.
Selain itu, jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia semakin hari semakin meningkat disebabkan oleh faktor rangkaian telco yang semakin banyak di Malaysia kini.
Contohnya;
Maxis/ Hotlink, Digi, Celcom/Xpax, U-mobile, Tunes-talk dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan kadar bayaran yang dicaj bagi Telco2 tersebut. Anda boleh membuat pilihan rangkaian telco mana yang lebih menguntungkan diri anda.
Kami pasti anda pasti akan memlih yang mana dapat memberikan penjimatan kepada anda…
CARA BEBAS HUTANG
CARA BEBAS HUTANG
———————————
Semua orang berhutang.
Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan.http://tinyurl.com/znjrrmj
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan berhutang mengikuti nafsu.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang hutang berpanjangan.
4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.
1. Hilangkan perasaan susah dan sedih
——————————————————
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini besar, ada di mana mana hutangnya . Iyalah, hutang sudah mengelilingi pinggang. Justeru itu , kita akan akui bahwa kita ada hutang.
Ya, kita akui. Bukan berada dalam penafian . Jangan hindari tapi hadapi situasi tersebut. Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesalahan masalah keuangan kita dan tentunya hidup mesti terus berjalan.
2. Tanam sifat rajin
————————-
Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin. Harus rajin bekerja, buat bisnis dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.
3. Menjadi berani dan banyak bersedekah
———————————————————
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika perusahaan tempat anda bekerja memberikan gaji yang tak cukup untuk kebutuhan anda , kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Atau bila bisnis pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan berani memulai bisnis yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnis.
Dan pada masa yang sama, banyaklah beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya. Ya, jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.
4. Bayar hutang dengan sistematik
———————————————–
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadwal penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan. Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik. Pasti akan ada jalan keluarnya.
——————————–
Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang
Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakallah bersama dengan kita berusaha.
– sharing, copy & paste
http://tinyurl.com/znjrrmj
RM2500 pun tak cukup 77 peratus siswazah baru bekerja tiada wang simpanan
Apa yg anda NAK BUAT kalau duit gaji tak pernah cukup?
A) Biarkan saja
B) Hutang dengan femeli/kawan
C) Cari jalan buat side income
Kalau jawapan anda C, jom bermula sekarang.
http://tinyurl.com/znjrrmj
CARA BUAT BUDGET HARI RAYA
CARA BUAT BUDGET HARI RAYA
——————————————–
Pening memikirkan perbelanjaan yang berganda bila menjelang musim perayaan. Panduan berikut mungkin membantu anda mengelolakan bajet dengan bijak.
Setiap tahun menjelangnya Idul Fitri, sebagai ibu bapa anda akan membuat pelbagai persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini. Bermula daripada juadah raya, baju baru untuk anak-anak, perhiasan rumah sehinggalah kepada duit raya. Sudahkah anda mencongak-congak perbelanjaan untuk Aidilfitri kali ini?
Sekiranya anda bijak dalam mengatur perbelanjaan, ia bukan sahaja akan “menyelamatkan” kocek anda, malah anda juga akan lebih gembira menyambut raya tahun ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukannya mengikut kemahuan. Cara terbaik untuk memastikan anda tidak boros berbelanja ialah dengan membuat bajet ataupun pelan perbelanjaan.
Bagaimana Membuat Bajet Hari Raya?
Pertama sekali, anda perlu membandingkan antara jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan. Kira jumlah pendapatan anda dengan menyenaraikan jumlah pendapatan isi rumah (suami isteri) dan juga pendapatan-pendapatan lain sekiranya ada seperti sewa rumah, dividen dan sebagainya.
Selepas itu, kira pula perbelanjaan pada hari raya tahun ini seperti belanja untuk kuih-muih, baju raya, duit raya, dan lain-lain. Sekarang, bandingkan antara jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan anda. Yang mana satu lebih banyak, pendapatan atau perbelanjaan?
Sekiranya jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan, tahniah diucapkan. Namun, jika pendapatan anda kurang daripada jumlah perbelanjaan yang diperlukan, anda perlu buat sesuatu. Cuba lihat contoh di bawah :
JUMLAH PENDAPATAN
Gaji Suami: RM2,000,
Gaji Isteri: RM1,000,
Lain-lain: Tiada
JUMLAH: RM3,000
JUMLAH PERBELANJAAN
Bayar rumah: RM800
Bayar kereta: RM500
Bayar bil: RM200
Kuih raya: RM500
Balik kampung: RM500
Duit raya: RM1,000
Baju anak-anak: RM500
Baju melayu suami: RM200
Baju kurung isteri: RM400
JUMLAH: RM4,600
Dalam contoh di atas, jelas bahawa perbelanjaan adalah melebihi pendapatan. Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Apa yang perlu dibuat sekarang anda perlu memilih apa yang betul-betul perlu dan menyingkirkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Dalam proses ini, anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis perbelanjaan iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap. Perbelanjaan tetap ialah perkara-perkara yang perlu dibayar seperti ansuran rumah, kereta dan bil-bil. Perbelanjaan tidak tetap pula ialah perbelanjaan lain-lain di mana ia mengikut budi bicara anda.
Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan perbelanjaan yang tidak tetap. Pastikan anda membuatnya bersama-sama ahli keluarga yang lain. Bentangkan kepada mereka jadual pendapatan dan perbelanjaan tersebut dan terangkan situasi yang sebenar kepada mereka.
Sebagai sebuah keluarga, anda tidak perlu memendam masalah kewangan seorang diri, sebaliknya kongsilah bersama-sama dengan suami atau isteri dan anak-anak agar mereka faham keadaan kewangan anda dan seterusnya tidak meminta perkara yang bukan-bukan.
Jika amalan ini belum lagi menjadi suatu kebiasaan, tiada salahnya untuk bermula sekarang daripada menyesal di kemudian hari. Mana tahu, mereka mempunyai idea yang menarik untuk membantu anda atau lebih baik lagi, mungkin anak-anak bersedia memakai baju raya tahun lepas yang masih elok lagi.
Setelah membuat bajet, perlu pastikan yang anda mengikutinya. Ia bukan mudah, tambahan lagi pada musim perayaan. Ramai orang yang rambang mata apabila pergi membeli-belah. Bagi memastikan ini tidak berlaku, anda disarankan untuk menulis senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli-belah kerana ini akan membantu anda untuk mengekang nafsu ketika berbelanja.
TIPS BELANJA UNTUK HARI RAYA
————————————————
Berikut disenaraikan beberapa tip ketika berbelanja di musim perayaan :
1. JANGAN TIRU ORANG LAIN
Ketika berbelanja, belilah barang yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya kerana anda berada dalam“mood” hari raya. Ramai orang yang terpengaruh dan membuat belian yang tidak diperlukan kerana semua orang membeli baju baru, menukar perabot baru dan sebagainya. Budaya“tiru orang lain” perlulah dikikis kerana ia tidak memberikan sebarang faedah. Orang yang paling arif mengenai keadaan kewangan dan keperluan anda ialah anda sendiri dan bukannya orang lain.
2. ELAKKAN BERHUTANG
Ada orang yang sanggup berhabis wang ringgit untuk beraya ‘sakan’. Tidak cukup dengan duit gaji, ada pula yang sanggup menggunakan kad kredit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memastikan raya tahun ini yang paling meriah. Tabiat ini perlulah dijauhi kerana tidak ada gunanya bergaya di hari raya, tetapi pokai selepas raya. Hutang sebegini akan membebankan anda untuk masa yang lama, sedangkan anda hanya mahu beraya untuk waktu yang singkat.
3.JANGAN MEMBAZIR, AMALKAN SIJAP BERJIMAT
Tabiat membeli juadah di pasar Ramadhan yang berlebihan haruslah ditinggalkan. Kawal keinginan supaya anda tidak membeli makanan berlebihan yang akhirnya dibuang begitu sahaja. Sebaik-baiknya, senaraikan dahulu makanan yang ingin dibeli sebelum pergi ke pasar Ramadhan.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengelakkan berbuka secara bufet di hotel bersama seluruh ahli keluarga kerana ia mungkin menjadi suatu pembaziran apabila anda tidak mampu menghabiskan makanan yang disediakan, sedangkan anda membayar harga yang mahal untuk menikmati juadah tersebut.
4. GUNA KEMBALI
Jika dibelek-belek koleksi lama pakaian anda, pasti ada baju yang masih elok dan boleh diguna pakai di hari raya. Tambahan pula, sebab rajin berpuasa dan bersenam, mungkin anda sudah hilang berat badan dan baju lama tersebut boleh dipakai kembali. Apa yang penting adalah untuk anda mix and match dan pandai menggayakannya. Samalah juga dengan perabot atau langsir rumah anda, ganti apabila ia sudah pudar atau betul-betul tidak boleh digunakan lagi.
5. BUAT PEMBELIAN BIJAK
Ketika berbelanja, pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Seelok-eloknya, beli barang-barang persiapan raya awal-awal lagi iaitu sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Ini kerana ada segelintir peniaga yang menaikkan harga barang apabila tibanya musim perayaan dan tidak kurang juga yang sanggup menyembunyikan barang (terutamanya barangan runcit) bagi menaikkan harga barang. Sekiranya anda beli awal, persoalan ini tidak akan timbul dan anda juga tidak berada dalam keadaan terdesak untuk membeli.
Akhir sekali, ingatlah bahawa walaupun raya hanya sekali setahun, ia tidak semestinya diraikan dengan kemewahan dan dicemari dengan pembaziran. Menyambut hari raya dengan bersederhana adalah jalan terbaik kerana tujuan sebenar Idul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, merapatkan hubungan ahli keluarga dan saling memaafkan antara rakan dan taulan.
Nak kerja part-time mudah
klik di sini http://tinyurl.com/znjrrmj

5 CARA MUDAH BEBAS HUTANG PTPTN
5 CARA MUDAH BEBAS HUTANG PTPTN
=================================
Kami percaya ramai di luar sana masih mempunyai hutang lapuk dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ke hari ini. Kami pun masih ada banyak baki yang masih belum dijelaskan, maklumlah malas membayar dan masih belum dikejar undang undang.
Jangan contohi apa yang kami buat kerana ada banyak cara sebenarnya untuk anda langsaikan hutang PTPTN anda dengan cepat dan kami sendiri sudah mula mengambil langkah langkah awal supaya tidak ada masalah kepada diri sendiri di kemudian hari.
Khabarnya mereka yang masih berhutang dengan PTPTN bakal disenarai dalam CCRIS pula. Fuh, bahaya. Ini ada beberapa tips bagaimana untuk anda membayar hutang PTPTN anda dengan mudah kerana mereka menyediakan banyak lokasi untuk pembayaran.
1. JADI PEMINJAM YANG BAIK, BAYAR IKUT WAKTU
Langkah terbaik bagi semua peminjam PTPTN sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah untuk menjadi peminjam yang baik (good paymaster) iaitu dengan memastikan pembayaran bulanan adalah teratur dan mengikut jdual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Letak ketepi setiap bulan dana khas untuk membayar semula hutang pelajaran kita dahulu. Senang sahaja kalau niat anda kuat untuk langsaikan hutang sendiri ‘kan?
2. BERUNDING JUMLAH ANSURAN DENGAN PTPTN
Bukan semua kita bernasib baik dapat pekerjaan besar selepas tamat graduasi dan jika bayaran ansuran bulanan di luar kemampuan, anda boleh hadir ke mana mana 60 pejabat PTPTN Negeri, cawangan atau kiosk di seluruh negara untuk rundingan.
Selain itu anda boleh turut hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN yang disediakan percuma untuk anda hubungi jika mahu berunding hal bayaran ansuran. Cuma jangan lari dari tanggungjawab, kasihan generasi kita akan datang
3. BAYAR DI LEBIH 3,000 EJEN PTPTN
Ramai juga yang tidak tahu yang sebenarnya anda tidak perlu ke pejabat PTPTN setiap kalimahu membayar ansuran bulanan. Mereka telah melantik Bank Islam, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia yang memiliki lebih 3,000 cawangan di seluruh Malaysia untuk memudahkan pembayaran.
Selain itu anda juga boleh menggunakan kemudahan bayaran balik tanpa tunai melalui EDC Terminal di kaunter PTPTN menggunakan kad ATM atau kad debit bank tempatan anda.
Pasti ada satu yang hampir dengan tempat tinggal anda, tiada lagi alasan.
4. POTONGAN GAJI & PERBANKAN INTERNET
Kalau anda membaca artikel ini, besar kemungkinan yang anda tahu bagaimana untuk guna perbankan internet. PTPTN juga memudahkan anda untuk membayar ansuran bulanan dengan semua perbankan internet utama di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.
Selain itu juga untuk memudahkan kerja dan supaya anda tidak terlupa, PTPTN juga tawarkan sistem potongan gaji setiap bulan yang boleh anda pohon dan borang boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN.
5. PENGELUARAN KWSP
Tahukah anda yang pembayaran ansuran pinjaman PTPTN anda boleh dilakukan dengan pengeluaran dana dari Akaun II KWSP. Permohonan untuk mengeluarkan wang dari akaun tersebut boleh dilakukan oleh peminjam dan ibu atau bapa peminjam selagi ianya memenuhi syarat berikut. Senang kan?
Kami dan pastinya pihak PTPTN sendiri berharap yang semua langkah di atas boleh membantu anda untuk keluar dari kemelut hutang PTPTN secepat mungkin selain membantu generasi akan datang untuk menikmati kemudahan seperti anda sekarang.
Nak kerja part-time mudah
klik di sini –>http://tinyurl.com/znjrrmj
Tahap hutang isi rumah tinggi masih boleh diurus – Moody’s
Tahap hutang isi rumah tinggi masih boleh diurus – Moody’s
KUALA LUMPUR: Tahap hutang isi rumah yang tinggi di beberapa negara Asia Tenggara menimbulkan risiko kepada pertumbuhan penggunaan swasta dan kualiti aset bank, tetapi keadaan itu masih boleh diuruskan, kata Moody’s Investors Service.
“Ketika peningkatan hutang isi rumah memberi tekanan kepada pembiayaan semula ke atas gadai janji dan kredit pengguna secara beransur-ansur semakin ketat, sistem bank di Asia Tenggara terus kukuh dan dapat menangani kemerosotan aset yang besar,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Penyelidikan Kanan, Rahul Ghosh.
“Selain itu, jika tekanan terbabit mula menjejaskan ekonomi yang lebih luas, kerajaan serantau boleh melaksanakan pelbagai dasar kitaran balas bagi menyokong permintaan domestik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka menaikkan kadar faedah pada 2015, aliran modal ke Asia Tenggara akan menjadi sederhana, kata Moody’s.
Pertumbuhan pesat dalam kredit pengguna membawa kepada penggandaan kredit isi rumah yang tinggi.
Malaysia dan Thailand paling mudah terjejas kepada peningkatan kadar faedah disebabkan hutang keseluruhan yang tinggi, katanya.
Moody’s berkata, pada akhir 2013, hutang isi rumah sebagai sebahagian daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tinggi untuk kedua-dua negara, iaitu 87 peratus untuk Malaysia dan 82 peratus untuk Thailand.
Di samping itu, hutang isi rumah yang tinggi berbanding tahap pendapatan di kedua-dua negara, menunjukkan keupayaan menjelaskan hutang di negara terbabit dijangka bermasalah kerana keadaan kredit menjadi kurang menggalakkan, kata firma penyelidikan berkenaan.
“Bagaimanapun, sistem perbankan serantau menunjukkan pertahanan dalaman yang kukuh; tahap permodalan yang tinggi, keuntungan teguh dan pergantungan yang rendah ke atas pembiayaan borong akan melindungi bank di Asia Tenggara ketika ekonomi berubah,” tambahnya. – BERNAMA
SUMBER

Gaji tak selaras punca ramai buat 'part time'
http://tinyurl.com/znjrrmj
PELARASAN gaji tidak seiring dengan kenaikan harga barang keperluan menjadi punca utama peningkatan kos sara hidup menyebabkan orang ramai tiada pilihan lain sehingga terpaksa bekerja sambilan.
Pensyarah Kanan yang juga Ketua Program bahagian Peruncitan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Wee Yu Ghee berkata, disebabkan peningkatan taraf hidup, ramai yang terpaksa bekerja lebih daripada satu kerja.
“Oleh yang demikian wujud kesan positif dan negatif impak daripada kerja sambilan ini sekiranya gagal diuruskan dengan baik dan teratur.
“Antara impaknya ialah dari aspek hubungan kekeluargaan, kesihatan dan sosial seseorang itu,” katanya.
Menurut Yu Ghee, dari segi hubungan kekeluargaan, ini tertakluk kepada individu masing-masing.
“Sesetengah individu lebih mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan pendapatan tambahan yang diperoleh. Sesetengah pula sibuk bekerja sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.
“Terpulang kepada kebolehan individu dalam pengurusan dan pembahagian masa,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung aspek kesihatan pula, beliau memaklumkan ia terpulang kepada jenis pekerjaan sambilan yang dibuat.
“Kesihatan mungkin terjejas sekiranya kerja yang dilakukan terlampau banyak atau berat.
“Namun, sekiranya jenis kerja tambahan tidak terlampau banyak atau masih dalam lingkungan kemampuan dan kesederhanaan, kesihatan masih tetap dijaga dengan senaman yang seimbang,” katanya.
Dalam perkembangan sama, ketika ditanya berhubung kecukupan kewangan, Yu Ghee berkata, ini persoalan subjektif kerana ia bergantung pada perbelanjaan seseorang itu.
“Kalau seseorang itu sangat materialistik, kewangan sememangnya tidak pernah dan tidak cukup.
“Jika setakat untuk pendapatan tambahan demi meringankan beban komitmen dan kesenangan, mungkin cukup,” katanya.
SUMBER
Siswazah menganggur tetap 60,000 orang
Siswazah menganggur tetap 60,000 orang
Khamis Ogos 10, 2006
http://tinyurl.com/znjrrmj
PUTRAJAYA: Jumlah siswazah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menganggur di negara ini kekal dalam lingkungan 60,000 orang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau berkata angka itu mewakili 40 peratus daripada jumlah siswazah yang sekian lama menganggur, termasuk mereka yang baru menghabiskan sesi pengajian bulan lepas.
Katanya kumpulan siswazah yang menganggur itu terdiri daripada golongan yang tidak ingin bekerja, ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan sememangnya tidak mendapat pekerjaan.
Jumlah siswazah yang menganggur ini bagaimanapun tidak tetap disebabkan perubahan yang cepat dan dinamik dalam pasaran carian kerja, kata Mustapa selepas melancarkan Sistem Kajian Pengesanan Siswazah Institusi Pengajian Tinggi Secara Dalam Talian di sini hari ini.
Sistem itu yang dibangunkan oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengurusan IPT kementerian bertujuan melihat destinasi sektor pekerjaan pertama siswazah serta meninjau tahap “employability” dan “marketability” siswazah.
Selain itu, ia juga bagi mendapatkan maklum balas, pandangan serta persepsi siswazah tentang keberkesanan program akademik dan sistem penyampaian di IPT.
Terdahulu dalam ucapannya. Mustapa berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) sedang menyelaras angka siswazah menganggur yang diperoleh daripada tiga sumber utama dan rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Statistik dan Kementerian Sumber Manusia.
“Saya telahpun mengadakan pertemuan dengan pihak UPE dan membentangkan angka-angka berkenaan dan sekarang terpulanglah kepada pihak itu untuk membuat penyelarasan supaya satu angka yang lebih tepat dapat diperoleh dan dihebahkan,” katanya.
Beliau berkata mulai 2003, Kementerian Pelajaran pada masa itu diminta menyelaras dan meneruskan kajian yang sebelumnya dikendalikan oleh UPE.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masalah Siswazah Menganggur yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuaratnya pertengahan bulan lepas memutuskan supaya tugas penyelarasan angka siswazah menganggur yang diperoleh daripada tiga pihak berkenaan dikembalikan kepada UPE, kata Mustapa.
Mengenai sistem kajian pengesanan siswazah IPT secara dalam talian, beliau berkata kajian itu dimulakan di UiTM membabitkan 10,000 pelajarnya.
Keputusan kajian, katanya, dibuat menggunakan aplikasi komputer yang membolehkan hasilnya diketahui dalam masa dua atau tiga hari berbanding kajian secara manual yang dibuat tiga tahun lepas dengan keputusan diperoleh dalam masa dua minggu.
Beliau berkata sehingga kini kadar terimaan maklum balas di kalangan siswazah terhadap kajian itu melebihi 90 peratus membabitkan siswazah dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM, Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.
Sistem kajian yang dibangunkan dengan kos RM100,000 itu mendapatkan sampel kajian di kalangan siswazah pada hari konvokesyen universiti dan ia diperbaharui setiap tiga bulan, kata Mustapa. BERNAMA

51,835 graduan 2012 masih menganggur
51,835 graduan 2012 masih menganggur
15 JUN 2013 05:06PM
http://tinyurl.com/znjrrmj
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Sebanyak 25.6 peratus atau 51,835 graduan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara masih tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Statistik itu dikeluarkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu sidang media pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (K3G) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Jumlah itu merangkumi semua 249,612 graduan yang menamatkan pengajian mereka pada tahun lalu.
“Daripada kajian pengesanan graduan yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi tahun 2012 sebanyak 51% iaitu 103, 310 graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian,” kata beliau.
Idris menambah, 17.4% iaitu 35,109 graduan memberitahu bahawa mereka sedang melanjutkan lagi pengajian manakala 1.5% (2,949) pula sedang dalam usaha mennigkatkan kemahiran.
Dalam pada itu, katanya, 4.5% graduan pula sedang menunggu penempatan kerja dan 25.6% atau 51, 835 graduan didapati masih belum mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selapas menamatkan pengajian mereka.
Beliau berkata bahawa antara sebab utama mereka tidak memperolehi pekerjaan adalah kerana para graduan tidak menepati kehendak pasaran dan sekiranya mendapat pekerjaan, ia tidak mengikut kelayakan dan kemahiran yang setimpal dengan apa yang dipelajari mereka.
Dan disebabkan itu, hanya sekitar 30 peratus sahaja graduan ijazah pertama IPT yang berjaya menjana pendapatan melebihi RM2,500 sebulan.

76,200 siswazah menganggur tidak mahir
http://tinyurl.com/znjrrmj
76,200 siswazah menganggur tidak mahir
KUALA LUMPUR 8 Mei – Statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, hasil kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal Jobstreet Malaysia ke atas 1,994 responden mendapati 77.14 peratus mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.
“Hasil kajian itu juga mendapati hanya 42.59 peratus bersetuju sepatutnya siswazah tidak menghadapi masalah untuk mencari kerja berbanding 57.41 peratus mengaku mempunyai masalah untuk berbuat demikian.
“Ini jelas menunjukkan ketiadaan kemahiran mencari pekerjaan telah menyebabkan ramai daripada siswazah gagal mendapat kerja,” katanya di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator Khoo Soo Seang mengenai tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah yang semakin meningkat setiap tahun.
Maznah turut menjelaskan bahawa kadar pengangguran di negara ini sekarang ialah 3.1 peratus dan menunjukkan ia terkawal serta masih boleh diuruskan.
“Untuk makluman semua, kadar pengangguran di Jepun adalah 4.5 peratus, Amerika Syarikat (8.1 peratus) dan Kanada (7.2 peratus) menunjukkan masalah ini tidak begitu serius di Malaysia.
“Bagaimanapun, kementerian sentiasa prihatin dengan masalah pengangguran ini dengan menjalankan pelbagai program untuk memastikan semua rakyat mempunyai pekerjaan,” ujarnya.
Jelasnya, antara program yang dilaksanakan untuk tujuan tersebut ialah menyediakan kemudahan pendaftaran serta mencari pekerjaan secara percuma melalui portal JobsMalaysia.
“Perkhidmatan itu bukan saja untuk kemudahan penganggur tetapi juga boleh digunakan oleh pekerja yang mahu mencari kerja yang lebih baik,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20120509/pa_02/76200-siswazah-menganggur-tidak-mahir#ixzz2v6nTNLQ5

Punca graduan menganggur
http://tinyurl.com/znjrrmj
Punca graduan menganggur
KITA pernah mendengar kisah seorang graduan jurusan ekonomi menjual burger dan goreng pisang di pasar malam sebagai sumber pendapatan.
Manakala seorang graduan dalam bidang sastera pula terpaksa bekerja sebagai buruh kasar di sebuah kilang papan juga untuk tujuan yang sama.
Dalam pada itu seorang graduan lepasan universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan juga masih lagi tidak mempunyai pekerjaan hingga sekarang. Entah berapa ramai lagi yang terpaksa melakukan kerja-kerja kampung atau cuma makan tidur sahaja sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebib baik.
Apa yang dipaparkan ini ternyata sesuatu yang menyalahi kebiasaan. Akan tetapi begitulah senario yang mewarnai kehidupan graduan sekarang ekoran kegawatan ekonomi yang melanda negara kita sejak pertengahan 1997 lalu.
Bagaimanapun, angka yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn iaitu sebanyak 39,000 graduan masih menganggur sudah tentu ia cukup merisaukan kita.
Keadaan ini mungkin tidak berlaku sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu, di mana peluang pekerjaan menunggu mereka. Pada masa itu, graduan hanya perlu berehat satu atau dua bulan sahaja sebelum mereka mendapat kerja yang sesuai kerana bilangan yang lulus dari universiti amat terhad di samping peluang pekerjaan yang terbuka luas.
Keadaan sekarang mungkin sudah jauh berbeza kerana jumlah graduan yang lulus dari universiti terus bertambah setiap tahun ditambah pula dengan percambahan bilangan universiti awam dan juga swasta.
Secara logiknya, sudah tentu persaingan antara graduan-graduan pencari kerja akan semakin sengit sedangkan dalam keadaan sekarang peluang pekerjaan begitu terbatas lebih-lebih lagi di tengah pemulihan ekonomi sekarang.
Tentunya kita masih ingat bahawa fenomena graduan menganggur ini pernah berlaku ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada pertengahan 80-an lalu, di mana 4,000 graduan terpaksa melakukan apa sahaja untuk mendapat rezeki yang halal.
Namun, dengan beberapa langkah yang perkenalkan oleh kerajaan di samping sikap graduan sendiri yang tidak terlalu memilih kerja masalah ini akhirnya berjaya diselesaikan. Ketika itu, peluang pekerjaan untuk graduan memang terhad ekoran langkah kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membekukan pengambilan pekerja-pekerja baru termasuk daripada kalangan graduan.
Hal yang sama turut dilakukan oleh sektor swasta kerana terjejas teruk akibat kelembapan ekonomi negara. Apa yang pasti, selepas negara bebas daripada kemelut kebejatan ekonomi, peluang pekerjaan terbuka luas, syarikat-syarikat mula bernafas semula dan berupaya memberikan pekerjaan kepada sebahagian besar graduan yang menganggur. Nampaknya, setelah lebih kurang 15 tahun berlalu, masalah ini berlaku lagi juga akibat tempias kegawatan ekonomi yang mula menyerang negara ini sejak pertengahan 1997 lalu.
Walaupun, sudah nampak tanda-tanda ke arah pemulihan dan bakal memberi sinar kepada setiap pihak yang terbabit, khususnya kepada graduan-graduan yang menganggur, namun jumlah 39,000 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan itu bukanlah satu jumlah yang kecil dan boleh ditampung dan diserap sekelip mata sama ada sektor awam mahupun sektor swasta.
Justeru, kita perlu ingat bahawa golongan pemburu kerja bukan hanya daripada kalangan para siswazah malah melibatkan juga mereka daripada lepasan sekolah, kolej dan sebagainya. Sebenarnya, bukan soal kegawatan ekonomi yang harus kita jadikan sebab utama kepada fenomena graduan menganggur ini. Ia mungkin antara faktor penyebab di samping faktor sikap graduan yang menganggur itu sendiri.
Para graduan perlu lebih realistik dan menerima hakikat bahawa memasuki universiti dan lulus dengan segulung ijazah bukanlah pasport bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dan setaraf dengan kelulusan mereka apabila keluar nanti. Mereka seharusnya mengubah sikap selama ini yang terlalu bergantung kepada pekerjaan di sektor awam ataupun di sektor swasta semata-mata selepas tamat pengajian mereka di universiti.
Malah tanggapan mereka terhadap apa yang dipanggil kerja juga perlu diubah. Selama ini pekerjaan bagi kebanyakan kita ialah kerja makan gaji sama ada dengan swasta atau awam. Kebanyakan daripada graduan yang ada pada hari ini nampaknya masih lagi menaruh harapan yang tinggi untuk menjadi pegawai-pegawai dan eksekutif tinggi setelah tamat pengajian. Amat sedikit di kalangan mereka yang sanggup dan ingin mempergunakan ilmu yang diperoleh untuk bekerja sendiri.
Anggapan mereka yang masuk ke universiti dan juga harapan ibu bapa mereka bahawa peluang pekerjaan dengan kerajaan akan menunggu mereka sebaik-baik sahaja mereka tamat pengajian, sebaik-baiknya dibuang jauh-jauh dalam keadaan sekarang.
Sudah sampai masanya sekarang untuk kita menanam sikap bahawa peluang untuk belajar di universiti adalah untuk menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang sistematik dan seterusnya menggunakan ilmu yang mereka peroleh untuk menentukan dan meneroka bidang pekerjaan tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak untuk memberikan mereka pekerjaan.
Kita tentunya biasa mendengar ada graduan lulusan bidang pentadbiran perniagaan yang tidak tahu atau enggan berniaga sendiri dan graduan bidang pertanian yang tidak cenderung untuk bertani malah lebih berminat untuk menunggu peluang bekerja dengan kerajaan atau pun lebih rela untuk terus menganggur!
Keadaan ini mungkin tidak berlaku sekiranya graduan memiliki sikap ingin berdikari untuk bekerja sendiri dengan mengeksploitasikan ilmu yang mereka pelajari sewaktu menuntut di universiti dahulu.
Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Mengapa 39,000 graduan itu perlu menganggur? Apakah universiti sudah gagal melaksanakan tugasnya sehingga bertanggungjawab melahirkan graduan yang berilmu tetapi kurang semangat berdikari dan tidak kreatif untuk mencari jalan mereka masing-masing untuk kemajuan diri sendiri?
Di satu segi, kesalahan mungkin boleh kita letakkan kepada pihak universiti yang bertanggungjawab menelurkan graduan-graduan sedemikian itu selama ini. Kecenderungan universiti untuk terlalu akademik dalam pendekatan mereka selama ini barangkali perlu dinilai semula.
Bagi memenuhi hasrat untuk melahirkan graduan yang mampu berdikari dan meneroka bidang pekerjaan mereka sendiri, adalah wajar sekiranya seluruh program pengajian tinggi di negara ini dikaji semula supaya dalam pengajaran lebih banyak tumpuan diberikan kepada mempersiapkan diri mereka untuk berpijak di bumi nyata.
Selain daripada itu, adalah lebih baik sekiranya penuntut universiti digalakkan untuk memilih kursus yang lebih bersifat profesional untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan sekarang. Peluang pekerjaan dalam bidang-bidang seperti komputer, kejuruteraan dan teknologi maklumat masih lagi terbuka luas kerana menurut kajian Jabatan Tenaga Rakyat, kita masih kekurangan tenaga kerja dalam bidang ini.
Apa yang berlaku sekarang graduan menganggur kerana wujudnya oversupply dalam bidang-bidang yang tidak diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Dalam era teknologi maklumat sekarang graduan-graduan lulusan sastera dan malahan sains tulen dianggap bukan lagi merupakan satu keperluan yang mendesak.
Justeru, bagi mengatasi masalah lebih penawaran (oversupply) ini adalah lebih baik perancangan yang lebih teliti dibuat oleh pihak universiti dan agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan MAMPU dalam membuat peraturan menambah atau mengurangkan pengambilan pelajar bagi sesuatu kursus tertentu agar selaras dengan keperluan tenaga kerja semasa.
Ini bermakna corak pendidikan tinggi di negara ini perlu bersifat functional iaitu untuk mengisi keperluan negara. Dengan bersifat demikian, universiti tempatan sama ada IPTA atau pun IPTS akan hanya melatih dan mendidik para pelajarnya dalam bidang yang bersesuaian sebagai persediaan memasuki pasaran kerja bila tamat pengajian.
Di satu segi pula, adalah tidak adil untuk kita meletakkan beban masalah pengangguran di kalangan graduan ini ke atas pihak universiti semata-mata.
Janganlah pula kita sampai mempertikaikan kewibawaan universiti di negara ini yang telah melahirkan graduan yang tidak laku di pasaran pekerjaan.
Sebenarnya fenomena graduan menganggur yang kita hadapi sekarang tidak seharusnya dilihat sebagai mencerminkan bahawa peranan universiti di negara ini untuk meningkatkan mobiliti sosial sebahagian besar masyarakat khususnya yang di luar bandar sudah mulai merosot.
Sebaliknya, pemikiran konservatif sebahagian besar masyarakat kita yang selalu mengaitkan pendidikan universiti dengan jaminan pekerjaan yang baik lagi dihormati itulah yang perlu dikikis sekarang.
Percubaan untuk mengaitkan isu pengangguran di kalangan graduan dengan peranan universiti di negara ini seharusnya tidak berlaku kerana kedua-duanya memang tidak berkait langsung. Apa yang pastinya, universiti akan terus menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberi peluang yang seluas-luasnya kepada setiap orang untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Soal pekerjaan selepas tamat daripada pengajian adalah bergantung kepada kebijaksanaan graduan itu sendiri untuk menentukannya.
Sekurang-kurangnya dengan melihat apa yang berlaku sekarang, seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa bilangan yang mampu memiliki pendidikan tinggi semakin meningkat hasil daripada peranan universiti selama ini. Soal adanya graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai tentunya menjadi perkara nombor dua sekarang kerana apa yang lebih penting negara kita sekarang sudah mempunyai ramai ‘orang pandai’.
Walau apa pun alasan yang diberikan, khususnya yang mendesak agar universiti melakukan perubahan dalam corak pendidikan, namun apa yang lebih penting lagi ialah sikap graduan itu sendiri sepatutnya diubah. Sikap graduan yang gemar bergantung selama ini sebenarnya sudah tidak lagi relevan dengan situasi sekarang.
Mereka tidak seharusnya menjadi pemburu kerja, sebaliknya perlu menjadi pencipta kerja atau cuba bekerja sendiri sekurang-kurangnya dalam waktu pemulihan kegawatan sekarang. Seperti kata Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad dalam reaksinya terhadap masalah ini, para graduan merupakan golongan istimewa yang boleh menjana pekerjaan sendiri.
Ilmu yang mereka peroleh di universiti sebenarnya merupakan aset yang amat bernilai dan boleh digunakan untuk meneroka kerjaya mereka sendiri.
Kalaupun latihan dan corak pengetahuan yang mereka terima di universiti tidak menyediakan mereka untuk mencipta kerja sendiri, ia bukanlah alasan lagi sekarang kerana peluang untuk memperoleh kemahiran ini memang sentiasa ada. Contohnya, Kementerian Sumber Manusia melalui Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan juga Pusat Latihan Teknologi Tinggi ditubuhkan untuk memberi latihan kepada mereka yang berminat bagi melengkapkan diri mereka dengan keperluan tenaga kerja sekarang.
Mara juga melalui Institut Usahawan Bumiputera (IUB) begitu juga setengah-setengah kerajaan negeri sentiasa memberi peluang kepada graduan untuk mengikuti latihan supaya mereka boleh bekerja dan memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun di peringkat kecil-kecilan. Diharapkan dengan adanya usahawan-usahawan yang berpendidikan tinggi nanti, kaum bumiputera akan berupaya menyaingi kaum lain dalam bidang perniagaan yang lebih mencabar.
Sesungguhnya, masa depan bagi graduan tidak gelap sekiranya mereka bijak membuat pengubahsuaian yang dikehendaki sesuai dengan perubahan struktur dalam ekonomi negara sekarang. Selagi para graduan masih lagi menganggap diri mereka ‘anak emas’ dalam masyarakat selagi itulah masalah ini tidak akan selesai walau apa pun langkah dan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau lain-lain pihak untuk membendungnya.
Sewajarnyalah dalam menghadapi masalah ini, bukan sahaja graduan perlu mengubah sikap mereka selama ini, tetapi ibu bapa dan juga masyarakat seluruhnya perlu menerima kenyataan bahawa tidak salah bagi graduan lulusan pertanian untuk bergelumang dengan lumpur dan melakukan kerja-kerja yang selama ini tidak pernah pun termimpi untuk mereka lakukan.
Soalnya sekarang, berapa ramaikah graduan dan selama manakah pula mereka sanggup bertahan dengan melakukan kerja-kerja yang tidak setimpal dengan kelulusan universiti mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka memikirkan betapa sia-sianya ilmu yang dipelajari selama tiga atau empat tahun di universiti dulu?
* AHMAD KAMIL MOHAMED, Pensyarah Jabatan Bahasa, UiTM Kampus Segamat, Johor
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0424&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm#ixzz2v6menbSm

Tak bayar hutang PTPTN, tak boleh keluar negara
http://tinyurl.com/znjrrmj
Tak bayar hutang PTPTN, tak boleh keluar negara
Oleh NUR SYUHADA SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR: Peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar balik pinjaman mereka, boleh dianggap tidak bertimbang rasa dan tindakan perbadanan itu menyekat mereka ke luar negara adalah wajar.
Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Rafiah Salim berkata peminjam PTPTN perlu sedar tidak ada negara lain yang memberi bantuan pinjaman seperti ini.
“Saya rasa mereka ini tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas tindakan PTPTN menyerahkan senarai nama 200,000 individu yang ingkar membayar balik pinjaman mereka kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat mereka ke luar negara, termasuk mengerjakan haji atau umrah sebelum merujuk kepada perbadanan itu.
PTPTN juga akan menghantar senarai nama peminjam yang ingkar itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi diambil tindakan tatatertib jika mereka didapati bertugas sebagai kakitangan awam.
Beliau berkata wang yang mereka bayar balik itu amat diperlukan bagi membolehkan PTPTN mengeluarkan semula sebagai pinjaman kepada pelajar yang lain, dan ini adalah selaras dengan agenda negara untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan sewajarnya.
Rafiah berkata selain itu “membayar hutang yang dipinjam adalah nilai hidup kita, dan nilai hidup yang positif ini perlu dikekalkan.”
Ditanya sama ada tindakan menyenarai hitamkan peminjam PTPTN dari keluar negara akan menjejaskan usaha peminjam melanjutkan pelajaran, bekerja atau menghadiri kursus di luar negara, beliau berkata perkara itu boleh diatasi.
“Apabila mereka membayar pinjaman secara beransur, mereka boleh pergi ke luar negara dan bukannya tidak boleh pergi selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan tindakan itu akan merugikan negara.
“Saya rasa tindakan menyekat peminjam PTPTN ini bagus kerana ia bukan sekat peluang mereka selama-lamanya. Pergi PTPTN dulu jelaskan sedikit bayaran dan buat perjanjian untuk bayar semula,” katanya.
Beliau berkata PTPTN memberikan pelbagai kaedah untuk mereka membayar balik pinjaman, malah membenarkan penangguhan bayaran kepada peminjam sekiranya mempunyai alasan yang kukuh.
Katanya sikap bertanggungjawab terhadap pinjaman yang mereka lakukan itu penting sebelum memegang sesuatu jawatan dalam kerjaya masing-masing.
“Kalau pinjaman pendidikan pun tidak boleh bayar, bagaimana nak jadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Ini perkara memalukan sebab kita nak pimpin negara. Apabila pinjam, kenalah bayar balik,” katanya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Ceupacs) Omar Osman berkata, sekiranya peminjam PTPTN itu berkhidmat dalam sektor awam dan mendapat peluang untuk berkursus atau berkhidmat di luar negara, ia akan menyekat peluang mereka untuk memajukan diri.
“Mereka yang rugi kerana tidak dapat peluang untuk ke luar negara. Nasihat saya supaya mereka tampil ke hadapan, berhubung dengan majikan dan jumpa PTPTN untuk berunding mengenai pinjaman mereka,” katanya.
Selain itu, beliau turut menyarankan majikan yang mengetahui bahawa kakitangan yang tidak membayar semula pinjaman PTPTN supaya menasihatkan mereka agar membuat potongan gaji. BERNAMA
SUMBER
Muflis kerana hutang kereta
http://tinyurl.com/znjrrmj
Hutang tanpa deposit punca muflis
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.
“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.
“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,” ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.
Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).
Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2uppWeKE4
Hakcipta terpelihara
Sunday, 23 October 2016
Ramai membujang lantaran hantaran mahal
http://tinyurl.com/znjrrmj
WANG hantaran tinggi menyebabkan banyak pasangan muda di negara ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.
Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.
Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).
Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4NyhgDVx5
Hakcipta terpelihara
Hidup sesak dibelenggu hutang
http://tinyurl.com/znjrrmj
KUALA LUMPUR – Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Pembiayaan sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Lebih memburukkan keadaan, ketiga-tiga hutang berkenaan memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan.
Ia disebabkan sikap segelintir peminjam bertindak menambah lagi pinjaman ketika pinjaman asal masih belum selesai sekali gus menyebabkan hutang mereka terus bertambah.
Bagi golongan isi rumah dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan pula, hampir separuh daripada jumlah itu terpaksa digunakan untuk membayar hutang berkenaan.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) berkata, jumlah hutang yang terlalu tinggi dalam kalangan isi rumah akan mengurangkan keupayaan mereka untuk berbelanja.
Beliau berkata, kebanyakan daripada jumlah gaji yang diterima oleh mereka terpaksa diperuntukkan untuk tujuan membayar semula hutang.
“Akibatnya, ia bukan sekadar memberi kesan kepada individu itu sendiri, malah ekonomi negara turut terjejas kerana penggunaan isi rumah merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2upmjTvNm
Hakcipta terpelihara
Bayar Hutang Sampai Mati
http://tinyurl.com/znjrrmj
HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.
Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini mencecah harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22×70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20×65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22×75 kaki) dan Klang RM335,000 (24×75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.
Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.
Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Pendapatan
HARGA rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020.
Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Menabung
JIKA ingin memiliki rumah idaman, belilah pada hari ia dilancarkan kerana harganya pasti meningkat selepas itu.
Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.
KEMUDAHAN pengangkutan awam merupakan salah satu faktor harga hartanah meningkat.
“Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2uhdv5TZR
Hakcipta terpelihara
Bila dapat gaji..last2 boleh bagi kat mak rm50 jekk..
Bila dapat gaji, tolak bayar sewa rumah, kenderaan, bil telefon dan lain-lain, baki gaji boleh pulak kita belanja kawan2 makan besar, beli gadjet baru, beli baju/seluar yang mahal-mahal, belanja membe tengok wayang, dan macam2 lagik... TAPI bila nak bagi kat mak..bagi rm50 jekk??
BOLEHKAH ANDA HIDUP DENGAN GAJI RM1500 DI MALAYSIA?
BOLEHKAH ANDA HIDUP DENGAN GAJI RM1500 DI MALAYSIA?
BIL UTILITI RM200
PETROL RM200
BARANG ANAK-ANAK RM100
ALAT TULIS RM100
SEWA RUMAH RM400
MAKAN RM400
LOAN KERETA RM500
BARANG DAPUR RM300
Subscribe to:
Posts (Atom)