Monday 24 October 2016

51,835 graduan 2012 masih menganggur

51,835 graduan 2012 masih menganggur
15 JUN 2013 05:06PM
http://tinyurl.com/znjrrmj

Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25.6 peratus atau 51,835 graduan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara masih tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Statistik itu dikeluarkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu sidang media pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (K3G) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Jumlah itu merangkumi semua 249,612 graduan yang menamatkan pengajian mereka pada tahun lalu.

“Daripada kajian pengesanan graduan yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi tahun 2012 sebanyak 51% iaitu 103, 310 graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka menamatkan pengajian,” kata beliau.

Idris menambah, 17.4% iaitu 35,109 graduan memberitahu bahawa mereka sedang melanjutkan lagi pengajian manakala 1.5% (2,949) pula sedang dalam usaha mennigkatkan kemahiran.

Dalam pada itu, katanya, 4.5% graduan pula sedang menunggu penempatan kerja dan 25.6% atau 51, 835 graduan didapati masih belum mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selapas menamatkan pengajian mereka.

Beliau berkata bahawa antara sebab utama mereka tidak memperolehi pekerjaan adalah kerana para graduan tidak menepati kehendak pasaran dan sekiranya mendapat pekerjaan, ia tidak mengikut kelayakan dan kemahiran yang setimpal dengan apa yang dipelajari mereka.

Dan disebabkan itu, hanya sekitar 30 peratus sahaja graduan  ijazah pertama IPT yang berjaya menjana pendapatan melebihi RM2,500 sebulan.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Daftar Sekarang