Monday, 24 October 2016

Gaji tak selaras punca ramai buat 'part time'

Wang
http://tinyurl.com/znjrrmj

PELARASAN gaji tidak seiring dengan kenaikan harga barang keperluan menjadi punca utama peningkatan kos sara hidup menyebabkan orang ramai tiada pilihan lain sehingga terpaksa bekerja sambilan.

Pensyarah Kanan yang juga Ketua Program bahagian Peruncitan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Wee Yu Ghee berkata, disebabkan peningkatan taraf hidup, ramai yang terpaksa bekerja lebih daripada satu kerja.

“Oleh yang demikian wujud kesan positif dan negatif impak daripada kerja sambilan ini sekiranya gagal diuruskan dengan baik dan teratur.

“Antara impaknya ialah dari aspek hubungan kekeluargaan, kesihatan dan sosial seseorang itu,” katanya.

Menurut Yu Ghee, dari segi hubungan kekeluargaan, ini tertakluk kepada individu masing-masing.

“Sesetengah individu lebih mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan pendapatan tambahan yang diperoleh. Sesetengah pula sibuk bekerja sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.

“Terpulang kepada kebolehan individu dalam pengurusan dan pembahagian masa,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung aspek kesihatan pula, beliau memaklumkan ia terpulang kepada jenis pekerjaan sambilan yang dibuat.

“Kesihatan mungkin terjejas sekiranya kerja yang dilakukan terlampau banyak atau berat.

“Namun, sekiranya jenis kerja tambahan tidak terlampau banyak atau masih dalam lingkungan kemampuan dan kesederhanaan, kesihatan masih tetap dijaga dengan senaman yang seimbang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya berhubung kecukupan kewangan, Yu Ghee berkata, ini persoalan subjektif kerana ia bergantung pada perbelanjaan seseorang itu.

“Kalau seseorang itu sangat materialistik, kewangan sememangnya tidak pernah dan tidak cukup.


“Jika setakat untuk pendapatan tambahan demi meringankan beban komitmen dan kesenangan, mungkin cukup,” katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Daftar Sekarang