Sunday 9 October 2016

Cara Buat Duit Dengan Prepaid Frenz Mobile

Salam kepada pembaca. Pada artikel kali ini saya ingin memperkenalkan anda dengan telco mvno yang terbaru di Malaysia iaitu Telco FrenzMobile. Anda pernah dengar tentang simkad prepaid Frenz Mobile? Syarikat ini sebenarnya sudah memulakan bisnes mereka pada bulan April 2016. Dan ketika artikel ini ditulis, ianya sudah pun beroperasi hampir 4 bulan. Satu jangka masa yang amat baru bagi dunia telekomunikasi. Dan apakah model perniagaan syarikat telco terbaru ini menarik untuk anda sertai?

Sebelum itu izinkan saya ceritakan dahulu apa itu MNO dan MVNO. Syarikat seperti Maxis, Celcom, Digi dan UMobile bertaraf mobile network operator (mno) kerana syarikat ini adalah syarikat telekomunikasi utama yang mempunyai pencawang pemancar mereka sendiri. Dan di Malaysia juga banyak syarikat telco bertaraf mobile virtual network operator (mvno) iaitu syarikat telco yang menggunakan rangkaian dari pihak utama mno.

Simkad prepaid Frenz Mobile

Jana Pendapatan Dengan Prepaid Frenz Mobile

Dengan kata lain, syarikat telco seperti Tone Excel, Onexox, MyPrepaid termasuk Frenz Mobile adalah bertaraf mvno. Syarikat ini tiada pencawang. Tetapi bekerjasama dan menumpang pakai rangkaian dari syarikat telco mno. Dan pengguna prepaid Frenz Mobile menggunakan rangkaian dari UMobile. Di mana ada line UMobile, di situlah pengguna simkad frenz boleh berfungsi. Harap anda jelas dahulu tentang perkara ini.

Dan majoriti telco mvno menjana keuntungan pendapatan dari promosi ahli pengguna simkadnya. Dan keuntungan di bahagi antara syarikat dengan penggunanya. Begitu jugalah dengan pengguna simkad prepaid Frenz Mobile. Yang melakukan promosi adalah SAYA dan ANDA. Syarikat Frenz dapat duit, saya dan anda juga dapat duit. Yang lebih menarik, anda dan saya dapat duit berkali kali setiap kali downline kita membuat tambah nilai (topup). Jadi bagaimana untuk mempromosikan prepaid Frenz Mobile ini?

Buat Facebook Page khas berkenaan Frenz Mobile. Lakukan promosi di sana. Jika ada yang bertanya dan berminat, mereka akan jadi downline anda

Buat Instagram. Kadang kala gambar menjadi daya penarik. Anda posting gambar gambar berkenaan FrenzMobile. Jika ada yang berminat buat duit pasti akan bertanya anda
Promosi melalui Whatsapp/Telegram. Anda tanya sahaja rakan anda dalam phonebook. Pasti akan ada yang berminat

Buat website/blog macam saya ini. Menceritakan tentang Frenz Mobile. Dan letakkan no tel untuk prospek yang berminat bertanya soalan tentang bisnes Frenz

Buat promosi secara offline. Buat Flyers dan edarkan. Kaedah lama masih ada kelebihan yang tersendiri. Kalau jumpa orang yang berminat, boleh terus ceritakan kepada mereka
Sebenarnya dalam apa apa model bisnes pun. Yang diperlukan untuk berjaya selalunya hanyalah 2 perkara sahaja iaitu USAHA dan TIDAK MALU.

Kalau anda rajin dan tidak malu, selalunya orang sebegini akan lebih berjaya dan nampak kesan dari usaha tersebut. Untuk anda sertai perniagaan prepaid Frenz Mobile ini, anda hanya perlu laburkan wang sebanyak RM10 sahaja untuk menjadi ahli. Dan untuk maklumat lanjut bagaimana jana pendapatan, boleh anda Whatsapp saya sahaja. Sekian.

Hubungi saya di 01128428961

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Daftar Sekarang