Pages
- SELAMAT DATANG KE PROGRAM AFFILIATE FRENZ
- PRODUK
- PELAN PEMASARAN
- TESTIMONI
- PANDUAN BISNES
- INFO SYARIKAT
- DAFTAR PERCUMA
- BERITA
- FAQ - Soalan Lazim
- PANDUAN TOPUP/RELOAD
- CARA LANGGAN DATA INTERNET
- CARA-CARA MENDAFTAR BRAND PARTNER
- PERLINDUNGAN INSURANS
- CHECK COVERAGE
- AKAUN FRENZ NETWORK
- KOMISEN
- MASALAH SIMKAD
- HUBUNGI
- LOGIN FRENZ
- MENU ARAHAN
Monday, 24 October 2016
Tak bayar hutang PTPTN, tak boleh keluar negara
http://tinyurl.com/znjrrmj
Tak bayar hutang PTPTN, tak boleh keluar negara
Oleh NUR SYUHADA SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR: Peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar balik pinjaman mereka, boleh dianggap tidak bertimbang rasa dan tindakan perbadanan itu menyekat mereka ke luar negara adalah wajar.
Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Rafiah Salim berkata peminjam PTPTN perlu sedar tidak ada negara lain yang memberi bantuan pinjaman seperti ini.
“Saya rasa mereka ini tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas tindakan PTPTN menyerahkan senarai nama 200,000 individu yang ingkar membayar balik pinjaman mereka kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat mereka ke luar negara, termasuk mengerjakan haji atau umrah sebelum merujuk kepada perbadanan itu.
PTPTN juga akan menghantar senarai nama peminjam yang ingkar itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi diambil tindakan tatatertib jika mereka didapati bertugas sebagai kakitangan awam.
Beliau berkata wang yang mereka bayar balik itu amat diperlukan bagi membolehkan PTPTN mengeluarkan semula sebagai pinjaman kepada pelajar yang lain, dan ini adalah selaras dengan agenda negara untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan sewajarnya.
Rafiah berkata selain itu “membayar hutang yang dipinjam adalah nilai hidup kita, dan nilai hidup yang positif ini perlu dikekalkan.”
Ditanya sama ada tindakan menyenarai hitamkan peminjam PTPTN dari keluar negara akan menjejaskan usaha peminjam melanjutkan pelajaran, bekerja atau menghadiri kursus di luar negara, beliau berkata perkara itu boleh diatasi.
“Apabila mereka membayar pinjaman secara beransur, mereka boleh pergi ke luar negara dan bukannya tidak boleh pergi selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan tindakan itu akan merugikan negara.
“Saya rasa tindakan menyekat peminjam PTPTN ini bagus kerana ia bukan sekat peluang mereka selama-lamanya. Pergi PTPTN dulu jelaskan sedikit bayaran dan buat perjanjian untuk bayar semula,” katanya.
Beliau berkata PTPTN memberikan pelbagai kaedah untuk mereka membayar balik pinjaman, malah membenarkan penangguhan bayaran kepada peminjam sekiranya mempunyai alasan yang kukuh.
Katanya sikap bertanggungjawab terhadap pinjaman yang mereka lakukan itu penting sebelum memegang sesuatu jawatan dalam kerjaya masing-masing.
“Kalau pinjaman pendidikan pun tidak boleh bayar, bagaimana nak jadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Ini perkara memalukan sebab kita nak pimpin negara. Apabila pinjam, kenalah bayar balik,” katanya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Ceupacs) Omar Osman berkata, sekiranya peminjam PTPTN itu berkhidmat dalam sektor awam dan mendapat peluang untuk berkursus atau berkhidmat di luar negara, ia akan menyekat peluang mereka untuk memajukan diri.
“Mereka yang rugi kerana tidak dapat peluang untuk ke luar negara. Nasihat saya supaya mereka tampil ke hadapan, berhubung dengan majikan dan jumpa PTPTN untuk berunding mengenai pinjaman mereka,” katanya.
Selain itu, beliau turut menyarankan majikan yang mengetahui bahawa kakitangan yang tidak membayar semula pinjaman PTPTN supaya menasihatkan mereka agar membuat potongan gaji. BERNAMA
SUMBER
Labels:
WHY BISNES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment